Rayyan's frenz..

Friday 27 April 2012

♥ BABY POTATO NUGGET♥



Looks simple..and memang simple je pon..
Bahan-bahan pon simple macam bahan orang malas masak..haaa..giteww

Apa yang ada kat dapor tue, korang gune ajer..

Bahan-Bahan: (untuk 25biji nugget)

4 ketul kentang (sebesar penumbuk korang, ukur betul2 yer,hihi)
Ayam @ daging cincang (ikut suka nak letak banyak mana)
Carrot yang didadu halus (ikot suka la nak letak atau tak)
Bawang Holland yang didadu ( ikut suka nak letak atau tak)
1/2 sudu lada sulah
1/2 sudu lada hitam
3 sudu besar tepung gandum
Sedikit Oat
Garam secukup rasa

Cara-caranya:

1) Kupas kulit kentang dan potong 4,rebus sehingga kentang empuk. Lebih kurang 20min .tambah  garam ye..biar kentang meresap rasa masin tue..

2) Setelah empuk, angkat da toskan. Biarkan sejuk seketika.. Kemudian lecek kentang tue dalam mangkuk besar..

3) Masukkan ayam/ daging cincang, carrot, bawang...gaul sebati..

4) Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan diuli rata..Jika rasa adunan lembik atau melekit ditangan. boleh tambah lagi tepung...Juga boleh masukkan sesudu oat kedalam adunan nie td..tapi jangan banyak sangat, nanti jadi liat..

5) Perasa kan dengan sedikit garam,jangan masin ikot tekak kite yer..biar rasa mild gitew..budak2 tak elok masin2.. kemudian perasakan dengan lada sulah dan lada hitam...

6) Ambil adunan dan bentukkan ikut suka..nak buat ball ke,segi 4 ke..nak terap bentuk bintang ke.. lepas tue,golekkan atas oat tadi sebagai coating la..untuk bagi die crispy dan tak melekat..kalau nak ganti dengan *bread crumbs pon bleh...

Camni lah rupa selepas siap di 'coating'..sedia untuk digoreng..


7) Goreng atas kuali non stick(klo ada) letak sedikit je minyak..goreng smpai nampak oat tu perang gitew..

Dann...siappppppp....




Hidangan nie boleh dibagi pada bayi yang dah ada gigi dalam 4 batang dah ok dah..cuma kalau bayi,tak perlu letak garam tue,memadai letak lada sulah sedikit....nak bg perasa..Boleh buat stok untuk dibuat frozen, so senang, nanti tinggal goreng ajer...

Okey, selamat mencuba...

*Bread crumbs:
Roti (sebarang jenama asalkan roti putih)
Masukkan roti kedalam oven..panaskan dalam 10minit atau sampai roti jadi rangup/perang..
Hancurkan roti sampai jadi serbuk..dah jadi bread crumbs la nie......


No comments: