Rayyan's frenz..

Friday 22 July 2011

Rayyan being a cake..????

Tajuk entry xtahan kooo..
diz is actually photoshoot Pa&Ma last monday
kt karangkraf,Shah Alam..
Ok la..it's quite easy sbb Rayyan enjoy da day...
so senang la nk snap2 bagai...
So,Rayyan will be the Cover Baby for Pa&Ma Magazine
on October issue..
So ape pekdahnye tajuk entry aku ghupe ginie..
sbb ade surprise laaa...
hahahahaha..
soo..peeps!! jgn lupe to get one tao...
Pa&Ma October issue..
see yaaa..

Wednesday 6 July 2011

all mommies..shud read this..

Mana-mana wanita yang melayani suaminya, meminyakkan rambut suaminya, menyikat janggutnya, menggunting misainya, mengerat kukunya, maka di akhirat ia diberi minum oleh Allah daripada air syurga dan ia diringankan seksaan ketika sakaratul maut(dekat dengan mati), di dalam kubur ia perolehi taman-taman seperti taman-taman syurga dan namanya dicatit sebagai orang yang lepas daripada seksa neraka dan selamat melintasi titian Sirat tanpa menempuh kesusahan.”

Janji Allah kepada isteri-isteri yang mengandung…

“…Apabila seorang wanita itu mengandung, Allah menjanjikan pahalanya sama seperti pahala puasa fisabilillah. Ganjaran ini tidak termasuk lagi dengan kesakitan sewaktu bersalin, melahirkan anak, menyusu dan menjaga anak.”

Janji Allah kepada isteri-isteri yang menyusukan anak-anaknya…

Menurut riwayat AlHassan bin Sofwan, AtTabrani, Ibnu Asakir dan Salamah yang menyusu Saidina Ibrahim anak Rasulullah s.a.w setiap teguk(satu sedutan) Allah akan berikan satu kebajikan dan ganjaran. Bila si ibu tadi tidak tidur kerana menjaga anaknya yang sekejap-sekejap menangis kesakitan dan sebagainya, Allah akan berinya lagi pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dalam jihad fisabilillah dengan ikhlas.

Kelebihan wanita-wanita yang mengandung…

“…Apabila seorang wanita mengandung(janin) di dalam rahimnya maka beristighfar para malaikat untuknya Allah akan mencatit baginya 1000 pahala dan kebajikan dan menghapuskan 1000 dosa. Apabila ia sakit hendak bersalin, Allah akan mencatit lagi pahala kepadanya seimbang dengan pahala orang lelaki yang berjihad fisabilillah. Apabila ia telah melahirkan anak, maka gugurlah segala dosanya dan jadilah ia bersih tanpa sebarang dosa sepertimana ia mula-mula dilahirkan oleh ibunya dahulu(seperti bayi yang baru lahir).”

Kelebihan isteri-isteri yang menjaga anak-anaknya…

“Menjahit pakaian anak-anak, Allah mencatitkan perbuatan baik yang dilakukan sebanyak helaian benang pakaian yang dibuat dan memadamkan seratus catitan perbuatan jahat yang pernah dilakukannya. Disamping itu juga Allah akan mencatitkan baginya ganjaran sama dengan orang yang memberi makan kepada orang yang tidak berpakaian."

“Meminyakkan rambut anak, menyikatkannya, mencuci pakaian-pakaian mereka dan memandikan anak-anak, Allah menjanjikan satu pahala besar kepada para ibu yang berbuat demikian. Allah akan mencatitkan pekerjaan baik sebanyak helaian rambut anak dan memadamkan sebanyak itu juga pekerjaan jahat serta membuatkan dirinya kelihatan berseri-seri di mata orang yang melihatnya.’


p/s: Allahu-alam..mjadi seorg isteri n mommies nie sgt byk kelebihannye..semoge diri ini akan berusahe menjadi lebih baik di antare yg tebaik..ameen..